Páginas

Mat Rempit - isu yang tak pernah selesai

Kumpulan Mat Rempit samun dua guru
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 12 Mat Rempit yang menunggang enam motosikal bertindak ganas dengan mengepung sebelum menyamun dua guru yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah di Jalan SS17/1 Subang Jaya, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 6.50 pagi, guru lelaki dan wanita berusia 22 tahun berkenaan tidak mampu berbuat apa-apa selepas dikepung penjenayah terbabit.

Polis Selangor pertingkat operasi Mat Rempit
SHAH ALAM: Polis Selangor akan mempertingkatkan penguatkuasaan dan operasi terhadap kegiatan Mat Rempit serta mereka yang melanggar peraturan jalan raya dengan penambahan sebanyak 248 buah motosikal berkuasa tinggi dalam pasukan itu.

Sedutan tersebut di ambil dari Harian Metro, Khami 7 Mei 2009, persoalannya sekarang bilakah isu Mat Rempit ni nak selesai, nak salahkan penguatkuasa pun tak boleh juga, nampaknya mereka memang dah buat tugas mereka, nak salahkan remaja mereka kata bukan salah mereka, jadi siapa yang salah? penguatkuasa? ibu bapa? guru ? kawan-kawan? atau siapa?
Baca selanjutnya